Oleh : Royem Al-Boothy
ANUGERAH KECEMERLANGAN PERNIAGAAN BERETIKA 2008
Tahniah kepada Hai-O Marketing Sdn Bhd menerusi The New Power of Dream 8581 kerana menerima anugerah ini. Teruskan beretika ketika berniaga kerana Bisnes yang Amanah melahirkan CDM yang Berkualiti.
Sumber : Berita Minggu, 30 November 2008
| info CDM MEOR SAIFUL |
| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |
Sunday, December 7, 2008
HAI-O TNPOD 8581 : Anugerah dari KDN & HEP
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 1:32:00 PM 0 Komen
Rujukan HAI-O : TNPOD 8581
Wednesday, November 5, 2008
PELAN HAI-O ADIL DAN SAKSAMA
Banyak soalan berlegar dari sudut Islam. Alhamdulillah dengan sejengkal ilmu yang ada saya cuba merungkai meskipun tak sehebat ”Tuan Guru” Zaharuddin bin Abdul Rahman yang banyak membuat keputusan tanpa pengkajian yang mendalam. Betulkan Ustaz?
Saya tertarik dengan catatan dari ADIK pada shoutbox di blog ini. Insyaallah saya akan rungkai satu persatu.
ADIK bertanya,
Soalan 1 : ”Saya nak tau Hi-O nih tak haram ke??bknkah ia menindas org org bawah.ada skim piramid dan sampai bila org atas nak tolong org yg plg bawah..”
Ini jawabnya....
Saya telah menyertai banyak syarikat MLM. Hai-o adalah yang ke-11 bagi saya. Juga muktamad ini adalah MLM saya yang terakhir, Insyaallah. Sepanjang penglibatan ini saya dapati ada MLM yang benar-benar MLM dan ada juga sebaliknya. Tolong ingat ungkapan saya ini “MLM bukan SKIM CEPAT KAYA, SKIM CEPAT KAYA boleh jadi di MLM”.
Hai-O : “Tradisional MLM” kerana kita BERNIAGA BUKAN MELABUR. Kita memperkenalkan 3 ‘S’ iaitu Selling (jual), Sponsoring (Taja) dan Servicing (Servis). Justeru itu apabila terjadinya proses 3 ‘S’ ini maka dari sudut muamalatnya telah tercapai. Dan ini sudah terlepas dari sangkaan SKIM CEPAT KAYA.
Pangkat dalam Hai-o ada 5 iaitu Sales Manager (SM), Senior Sales Manager (SSM), Diamond Sales Manager (DSM), Double Diamond Manager (DDM) dan Crown Diamond Manager (CDM). Setiap pangkat ini pasti memerlukan kerja dan 3 ‘S’ adalah asas untuk dicapai. Misalnya seseorang SSM untuk ke pangkat seterusnya DSM, perlu melahirkan seorang SSM sekurang-kurangnya. Dan begitulah seterusnya.
Dari sistem Point pula, Hai-o mengamalkan sistem AccPGPV iaitu Pengiraan Mata Terkumpul. Malahan ini memudahkan usahawan Hai-o untuk mencapai pangkat demi pangkat tanpa bermula kembali dari 0. Alhamdulillah, ini juga terlepas dari kezaliman sesetengah syarikat yang gemar mengaut keuntungan dari usaha para usahawannya.
Tiada yang mustahil apabila kita berusaha kerana firman Allah s.w.t dalam surah Ad-Dzariyaat ayat 22 dan 23 :
22. Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezkimu[1418] dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu[1419].
23. Maka demi Tuhan langit dan bumi, Sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan.
SEERU ‘ALA BARAKATILLAH......
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 1:49:00 PM 0 Komen
Rujukan HAI-O : TNPOD 8581
Sunday, November 2, 2008
Hai-O unjur perolehan lepasi RM400j
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Hai-O Enterprise Bhd. (Hai-O) mengunjurkan perolehan lebih RM400 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2009 disokong oleh sumbangan daripada segmen jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).
Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Kai Hee berkata, unjuran itu berdasarkan kekuatan rangkaian pengedarnya yang kini 70,000 orang menerusi MLM dan pengenalan produk baru.
Menurutnya, sebanyak 20 peratus daripada jumlah pengedar adalah aktif dan secara purata menyumbang jualan kira-kira RM25 juta kepada kumpulan.
''Kami yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan bilangan pengedar yang semakin meningkat dan menjangka pertumbuhan sehingga 2,000 ahli baru sebulan.
''Ketika berdepan dengan kelembapan ekonomi, ramai bumiputera akan menceburi dalam jualan langsung berserta bantuan daripada kerajaan, kami yakin segmen MLM akan terus berkembang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Kai Hee berkata, Hai-O akan memperkenalkan produk baru iaitu penjagaan kesihatan dan kosmetik kepada rangkaian produk yang sedia ada.
''Kira-kira 80 peratus pengedar terdiri daripada golongan wanita. Kami percaya produk baru itu bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada mereka," katanya.
Ujarnya, pada masa yang sama, mereka akan terus mengukuhkan jenama produk yang menjadi kekuatannya iaitu pakaian dalam pembentukan badan berteknologi inframerah Premium Beautiful dan sistem penapisan air Bio Aura.
Katanya, kedua-dua produk tersebut merangkumi lebih separuh daripada jualan yang disumbangkan oleh segmen MLM.
''Kami berjaya menjual sekurang-kurangnya 70,000 unit Bio Aura generasi kedua dalam setahun, sejak pelancarannya pada awal 2007," jelasnya.
Kedua-dua produk itu turut meraih anugerah Superbrands di bawah anak syarikatnya, Hai-O Marketing Sdn. Bhd. (Hai-O Marketing).
Menurut beliau, segmen MLM menyumbang 75 peratus kepada perolehan kumpulan.
''Pertumbuhan itu didorong oleh rangkaian produk berkualiti tinggi yang dijual pada harga berpatutan serta pengedar berkebolehan selain strategi pelan pemasaran agresif dan insentif pelancongan yang menarik ditawarkan," katanya.
Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya lebih ramai bumiputera menyertai syarikat ini untuk meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang keusahawanan dan merebut peluang meraihkan pendapatan menarik.
Pada Ogos 2007, Hai-O Marketing dianugerahkan Penghargaan Khas oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berikutan sumbangan beliau melahirkan usahawan bumiputera di negara ini.
Tambahnya, Hai-O akan mengembangkan operasi di luar negara bermula dengan Indonesia untuk menembusi pasaran Islam di negara itu kerana semua produknya ditanggung halal.
''Kami menjangka jualan akan meningkat apabila operasi di Indonesia bermula dalam beberapa bulan lagi, tahun ini," ujarnya.
Kini, Hai-O Enterprise berada di kedudukan 10 teratas syarikat jualan langsung terbaik di negara ini.
Beliau berhasrat Hai-O akan menduduki tempat kedua dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 4:36:00 PM 0 Komen
Rujukan HAI-O : TNPOD 8581
Saturday, October 18, 2008
LUAR JANGKAAN.....
Oleh : Royem Al-Boothy
"cukup ke ni...". "entahlah". Gitulah yang bermain di fikiran kami. Bebal seketika memikirkan tentang kehadiran malam ini. Penuh debaran dan tekaan. "oklah! Mei buat 120 orang punya makan" kata ibu mertuaku. Alhamdulillah lega juga mempunyai ibu mertua yang tau selok belok katering ni.
PENCETUS MOTIVASI .... Super CDM Safiah Yusof sedang menyampaikan amanatnya. "KAYA DIK... " Gitulah kata keramatnya.
Pukul 5.30 petang, Mei datang bawa makanan dan saya membantunya. "Takpe Lee. Biar berlebih takpe jangan tak cukup" Mei memujuk hatiku. Mungkin dia tengok saya runsing campur risau. Maklumlah baru buka MBC (Meeting Business Center) belum stokis lagi.
Selepas maghrib rombongan CDM dari KL telah pun tiba. Lagi 'Suspend' dibuatnya. Buatnya tak ramai yang hadir malu saya suami isteri. Pandangan majazi mereka yang pertama mereka katakan bagus, tempat pun ok. "Tahniah!" pujian CDM Suhailah dan CDM Wan. Alhamdulillah ok juga 'persembahan' kami ini. Namun debaran peserta mencemaskan juga.
Hujan diluar sana. Boleh tahan lebatnya. Jam sudah pukul 8.30 malam. Peserta belum penuh lagi. 15 minit kemudian barulah penuh dengan 'downline' dan 'sideline' dengan prospek masing-masing.
Alhamdulillah muatan melimpah keluar sehingga keluar. "Meor! ambil tukul" Gurau DDM Azlan. Aduih!!! tak sangka seramai ini. Alhamdulillah hampir 150 orang telah datang ke Majlis Hari Raya ini. Semoga usaha kami diberkati Allah s.w.t.
'Downline' sideline SSM Amir. Dari kiri Abg. Nazri, SM Kak Lina, SM Awe, SM Tuan dan mak mentua Amir. Tahniah untuk BEMBAN dan INSTITUT TEKNOLOGI PERAK
Terima kasih tak terhingga kepada Mei, Abah, DSM Sabihah dan DSM Eja. Tanpa kalian siapalah kami...
OK jangan lupa datang lagi. Alamatnya : No.18, Taman Tasek Indera (Depan Litar Adilkap, Sebaris dengan Restoran Nasi Kandar Samudera). Meeting kita setiap hari Rabu jam 8.30 malam. Datang dengan membawa prospek baru ye!!!
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 2:05:00 AM 1 Komen
Rujukan HAI-O : TNPOD 8581
Friday, September 12, 2008
KONVOKESYEN KE 10 UMS : Tahniah 'Un'
Oleh : Royem Al-Boothy
"Mana mau pegi encik?" tanya Ah Leong, pemandu teksi di Terminal Air Asia Kota Kinabalu. "UMS" jawab saya ringkas. Setelah setuju dengan upahnya 'innova' nya terus meluncur laju. "Laju sikit ye Ah Leong" pinta saya. Jam sudah pukul 1.30 petang. Alhamdulillah saya sampai tepat pada waktunya dan Ah Leong mengambil jalan pintas yang tidak banyak 'jam'.
20 minit kemudian kami sampai dan terus ke Dewan Besar. Setelah membayar upahnya, saya terus ke dalam. Alamak bateri pula 'kong'. Camne? Ah! idea. "Amoi! ini bunga berapa ringgit" tanya saya. "Tiga puluh je bang" jawabnya. Setelah membayar saya meminta dari amoi tu telefon sekejap. Terus saya telefon isteri di Semenanjung yang memintanya menelefon emak yang dah ada di dewan tersebut.
Kemudian, Saiful datang menuruti. Kami terus ke dewan. Kami duduk di bahagian atas dan jelas kelihatan keseluruhan dewan. Berprestij juga cuma akibat kepenatan saya tertidur juga sebentar.
Kami sekeluarga tidaklah begitu menekan sangat pelajaran 'un' tapi dia gigih untuk berubah. Alhamdulillah, kini 'un' sudah setaraf dengan kami, abang-abangnya. Kalau arwah ayah masih hidup, pasti dia bangga. Begitu juga tangisan kegembiraan seorang ibu yang terbang beribu batu untuk melihat anaknya menggenggam segulung ijazah.
Bagi saya, untuk 'un'. Teruskan berusaha kerana dorongan dari kami sekeluarga cuma 5% sahaja menjengah dalam kehidupanmu. 95% lagi dari usahamu sendiri. TAHNIAH 'UN'....
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 12:48:00 AM 1 Komen
Wednesday, September 10, 2008
TERBANG KE SABAH : Pertama Kali Dalam Hidupku
Oleh : Royem Al-Boothy
24 Ogos 2008, jam 3.00 pagi, adik saya hantar ke terminal bas 'YOYO Holiday' di Bercham. Isteri saya dan anak-anak bersenggang mata menunggu pemergian saya ke Sabah pada malamnya. Alhamdulillah, Adik (Adni Noor Umairah) dah boleh berjalan. 'Surprise' buat saya pada malam tersebut.
Genting sungguh menunggu Khai dan Oli takut-takut terlepas bas, meskipun syarikat bas dah 'remind' sejak maghrib tadi tentang masa bertolak. Alhamdulillah, mereka pun sampai dan bermulalah perjalanan musafir saya ke bumi di bawah bayu ini selama 3 hari 2 malam.
Semasa didalam bas, tidur adalah teman istimewa saya, mungkin keletihan kerana siri-siri 'appointment' prospek Hai-O sejak dari pagi hingga berakhir pukul 12.00 tengah malam iaitu di rumah Aidawati (Kenalan Isteri) dan Shuib.
6.15 pagi bas tiba di LCCT Sepang dan terus menuju ke perkarangan lobi sambil berehat sementelah kelihatan manuasia berasak-asak di surau mengerjakan solat subuh. Jam 7.00 saya bersolat subuh dan setelah selesai saya berehat di Coffee Bean Cafe sehingga jam 10.15 pagi. Sempat juga berchatting dengan sahabat-sahabat dan meng'update' blog ini berkaitan Trip ke PARIS nanti.
10.15 pagi terkocoh-kocoh ke kaunter tiket, memandangkan tiada bagasi saya tidak menunggu lama dan terus ke Balai Pelepasan Domestik kerana dijangka berlepas pada jam 11.00 pagi. Keadaan tetap sama seperti menaiki bas, tolak-menolak tetap berlaku maklumlah budaya gamaknya. Buat malu kat mat saleh je perangai camtu. Saya takde, dema je camtu.
Kali pertama ini pastinya seram sejuk tu ada menjengah. Terutama waktu berlepas, kecut perut ni. "Subhanallazi Sakharalana....."
Maha Suci Allah yang Menciptakan alam ini... saya dapat melihat keindahan ciptaannya. "Sekarang kita sedang melepasi Bandar Diraja Pekan, Pahang." Begitulah penerangan kapten kapal yang tidak leka memberikan maklumat sepanjang penerbangan. Nun di bawah sana, membiru saja. Seterusnya melewati Sarawak dan menghampiri Sabah Negeri Di Bawah Bayu.
Kenapa ke Sabah? Sebenarnya saya mengikuti Konvokesyen adik saya 'Un' yang baru 'grade' tahun ini. Hampir 4 tahun belajar di Labuan, inilah kali pertama saya menjengahnya. Lamunan terhenti apabila kapten kapal memberitahu akan membuat pendaratan. Selama 2 jam 30 minit di awangan kini telah tiba di Terminal Air Asia di Sabah. Jam baru pukul 1.15 petang. Tapi tubuh masih lagi bergetar maklumlah GAYAT.......
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 11:43:00 PM 0 Komen
Rujukan PENGALAMAN
Saturday, August 30, 2008
MALAM LANTERA JIWA : Ini Satu Permulaan
Oleh : Royem Al-Boothy
Pada 22 Ogos 2008 (Jumaat) bertempat di Yayasan Kesenian Perak, Lantera Jiwa telah menganjurkan program sulung mereka yang dinamakan MALAM LANTERA JIWA. Program ni khas untuk jiwa santai dan jiwa merdeka bukan berjiwa haprak lagi kepala jingga.
Alhamdulillah program pembiayaan sendiri ini telah berjaya menarik minat pencinta-pencinta seni tanah air dengan mengundang seniman-seniman dan karyawan yang tersohor tanahair. Senang kata mereka popular di kalangan pendokong reformasi di Malaysia ini.
Rahmat Harun pada lagu-lagunya.
"Hentikan Perang Sekarang" dari Black
Special Thanx untuk Muhaimin Sulam kerana memberikan semangat membina untuk kami melaksanakan program ini. Agar di kemudian hari pimpinan PAS boleh menerima ini sebagai satu genre dakwah.
Insyaallah nantikan penganjuran kami yang seterusnya nanti....
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 6:30:00 AM 1 Komen
Rujukan PROGRAM
MUKTAMAR PAS PUSAT : Ke Arah Memperkasa Pakatan Rakyat (PR)
Oleh : Royem Al-Boothy
Kehadiran muktamar ini di sini bermula juga dengan kontroversi iaitu Kedah juga berkeinginan yang sama. Tetapi lebih memihak pada Perak yang sebetulnya sudah 35 tahun lamanya tidak bermuktamar disini setelah kali terakhir pada 1964 dahulu.
Jarak dan masa bukanlah ukuran meskipun hampir sepenuhnya 'think tank' PAS dahulu berasal dari Perak. Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Prof. Dr. Zulkifli Muhammad, Ustaz Hasan Adli sekadar saya menyebut beberapa contoh. Namun kemenangan anugerah Allah s.w.t ini lebih kepada suatu ujian untuk rakyat negeri ini.
Pernah dahulu Yang Dipertua PAS Kawasan saya menyebut agar papan tanda bertulis "PAS tawan Perak 2004" itu di turunkan di Pengkalan Pegoh kerana malu mungkin. Tetapi tidak kini, mungkin itu juga merupakan doa setelah acap kali bermain dibibir rakyat.
Semestinya banyak kepincangan, sehinggakan ada segelintir telah rasakan puas dengan nikmat perjuangan ini sebagai medan membalas dendam atas kebobrokan si BN dahulu. Ada juga yang kembali mengukuhkan sayap-sayap yang perlu demi PRU 2012 nanti.
Bagi saya, muktamar ini lebih kepada syiar dan isyarat kepada BN yang PR bukan hendak perintah Perak sepenggal sahaja tetapi selamanya. Selama 4 hari bermula 14 hingga 17 ogos pelbagai kritikan dan motivasi dapat dimuhasabah.
Dema dulu 'haram' bayo... kite bayo yob
Saya akui kerana saya tidak terlibat secara langsung dalam persiapan muktamar ini dan kehadiran saya di sana lebih sebagai rakan niaga di Gerai Hai-O Marketing namun sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng suasana ini memang dirindui. Begitulah fokus saya kini untuk memangkin pertumbuhan ekonomi didalam jemaah ini. Meskipun banyak cemuhan dari pujian, saya positifkan diri ini kerana sesuatu perubahan memerlukan pengorbanan.
Tiada salah undur selangkah bagi menyusun strategi dari menapak tanpa muhasabah diri. Namun segala kemusykilan diri ini terjawab kerana selagi kita bernaqib insyaallah kita terpimpin. Jika nak tahu banyak lagi pasal saya, tanyalah naqib saya Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin (Ust. Kas) tel : 019-416 8747 . Takbir!!!
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 5:38:00 AM 2 Komen
Rujukan POLITIK
KEM HANIFAH : Menggamit Ketenangan Jiwa
Oleh : Royem Al-Boothy
Pada 11 Ogos 2008, saya, Ustaz Kas dan Abang Man telah pergi ke Kem Hanifah di Gopeng. Memang dahulunya tempat ni dikenali sebagai Kebun Pak Kholil dikalangan kami. Memang telah banyak perubahan yang telah dilakuakan oleh Bapak (Panggilan bagi Pak Kholil) dalam merealisasikan impiannya hendak menjadikan tanah seluas 5 ekar ini sebagai 'Summer Camp'.
Kami bertolak pada pukul 4.00 petang dari Pengkalan Pegoh dan terus ke Kem Hanifah meskipun perancangan untuk pergi hanya diputuskan pada jam 2.00 petang itu. Sesungguhnya ini satu siri langkah bagi PAS Cawangan Desa Aman dalam usaha mempereratkan silaturrahmi sesama ahli cawangannya. Malahan inilah kali pertama kami bertemu Pak Kholil untuk mengadakan aktiviti ditempatnya.
Jam 4.30 petang kami tiba di lokasi dan kehadiran kami disambut baik oleh Bapak yang ketika itu sedang menebang pisang sekeliling kebunnya. "Bapak tak kisah nak bagi berapa. Asalkan ini untuk program PAS, Bapak pulangkan pada PAS" Begitulah kata putus dari Bapak ketika akhir bicara. Walaupun Bapak tidak 'demand' tetapi jelas tarbiyyah Bapak lebih menebal dari kami yang baru merangkak-rangkak dalam perjuangan ini.
"Jom kita makan durian. Rambutan pun masih ada lagi" pelawa Bapak. Begitulah Bapak yang saya sendiri kenali semenjak 3 tahun lepas. Pastinya tidak pulang dengan tangan kosong. Begitulah adabnya Bapak melayan tetamu yang perlu dicontohi.
ini tidak putus-putus dijengah si jiwa - si jiwa yang kacau
Begitu santai kami di petang itu sambil makan durian dan rambutan di tepi sungai yang sungguh mendamaikan. Setelah itu bersolat Asar di situ sambil menikmati kekhusyukkannya dengan deruan air sungai yang mengalir. Sungguh mendamaikan. Bisakan jiwa yang berserabut akan kembali tenang setelah menjengahnya.
Jam 5.30 petang kami beransur pulang setelah 6 biji durian sama-sama kami menjamahnya dan sebakul rambutan yang suku baru dihabiskan. Namun Bapak jasamu akan kami kenang bersama rentetan perjuangan dalam hidupmu yang tidak kunjung padam. TAKBIR!!!
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 4:52:00 AM 0 Komen
Rujukan PROGRAM
Sunday, August 24, 2008
GAMITAN SI PARIS
Ehm itulah dinamakan rezeki. Selama ni saya cuma tahu nak bekerja untuk 'settle'kan hutang dan serba sikit 'overhead' yang ada. Tak teringat pun nak pergi melancong. Sebenarnya Umrah pun saya belum pergi lagi. Insyaallah, tahun depan saya berazam untuk pergi.
Insyaallah saya akan berangkat pada 6 November ini. Doakan saya selamat pergi dan pulang. Pergi ini bukan sekadar suka-suka tetapi lebih kepada STRATEGI BISNES. Bagaimana caranya : Sila hubungi saya 019-427 9554. Jadi saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk 'join' bisnes ni. Insyaallah untuk ubah hidup. Meh le join. Jom Ubah Hidup
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 8:13:00 AM 0 Komen
Rujukan HAI-O : TNPOD 8581
Friday, August 8, 2008
SELAMAT PANNNNNJANNNNG UMUR BOSS!!!
Oleh : Royem Al-Boothy
CDM Jamsari Bin Mokhtar iaitu pelopor TNPOD 8581. Suami kepada CDM Safiah Binti Yusof. CDM Jamsari, kita baru berkenalan. Tetapi banyak ilmu sudah beliau curahkan. Menukar persepsi 'Si Melayu' kepada positifnya MLM. Menerobos monopoli bangsa lain didalam MLM. Membimbing Rakan Niaga lain supaya boleh berubah. Inilah antara inipati suntikan semangat juang kepada kami dalam bisnes ini.
Beliau sama sahaja dengan orang lain. Cuma dia mampu mengubah kehidupannya 360 darjah. Alhamdulillah dia mampu buktikan. Bagi saya perkenalan seusia 8 bulan ni masih baru. terkadang terasa seperti perlu dimanja dan dibelai. Tetapi sebenarnya kehidupan memberikan pengalaman. Apabila sudah melangkah pastikan tidak berpatah.
Semoga CDM Jamsari beroleh keberkatan dalam kehidupan dan istiqamah dalam perjuangan.
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 10:12:00 AM 0 Komen
Rujukan HAI-O : TNPOD 8581
Wednesday, August 6, 2008
R'ESQ
Oleh : Royem Al-Boothy
Repositioning Emotional and Spiritual Quotient
(Menjana Kembali Kecerdasan Emosi dan Spiritual)
Tarikh : 3 Ogos 2008 (Ahad)
Jam : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Beautiful World Network, Shah Alam, Selangor
Peserta : 50 orang
Penceramah : Dr. Hj. Muhammad Bin Jantan dan isterinya
Hah tengok tu keningnya terangkat (oksigen masuk tuh)
Assalamualaikum,
"Mak, dulu masa mak jadi 'nurse', mak ada belajar 'sub quotient'' saya bertanya. "Ada. Tapi semua dalam English le mana ada nak kait-kaitkan dengan Quran macam sekarang ni" jawab mak. Sekarang mak dah bekerja sebagai Penyelia Asrama di Institut Perguruan Ipoh. Gelaran 'Wanita Besi' Maktab yang cekal menunggang EX5 kemana sahaja.
Ya! itulah R'ESQ iaitu kekuatan dalaman kita yang jauh terpendam kalau kita tak cuba gunakan. Jadi, pada seminar tersebut, kami diajar bagaimana berpemikiran positif dan mengawal keadaan.
Semestinya kena didahului dengan senyuman. Cuma kali ini bukan sekadar senyum tetapi perlu mengangkat kening dan mengembangkan hidung. Itulah terapinya. Umpama magik, apabila kita nak marah teruskan dengan aktiviti angkat kening, kembang hidung dan senyum. Maka kita telah kembali positif. Mudahkan.
Kemudian usaha mengenalpasti diri samada JEWEL, SHAKER, FLOWER atau STREAM. Inilah karekter diri manusia ini tidak terlepas dari 4 ciri ini. Menariknya sikap-sikap ini ada 'penunduknya'. Maka pergunakanlah mengikut kebolehan pelanggan.
Begitu juga kami diperkenalkan dengan cara mengatasi ketakutan (NO DOUBT) dan TRAUMA. Saya begitu teruja dengan kata-kata Doktor. Iaitu Alpha 8 (Minda Separa Sedar) . Inilah tahap kita beroleh ketenangan dan khusyuk dalam beribadah. Disinilah kita rasakan benar-benar taubat kita berkualiti.
Alhamdulillah seharian bersama Doktor, ini amatlah pengalaman yang paling berharga. Coretan ini sekadar dairi dan pendetailannya boleh lah kita berjumpa atau berhubung. Sekian
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 12:35:00 AM 0 Komen
Rujukan HAI-O : TNPOD 8581
Monday, August 4, 2008
HAZRIQ : Masih ada sinar untukmu
Oleh : Royem Al-Boothy
Pagi 2 Ogos 2008 (Sabtu), Saya cuba 'start'kan enjin Gen-2 ni. Dah 30 minit berlalu. Janji dengan Fendi seawal jam 7 pagi kini telah menjangkau ke 8 pagi. Mungkin bateri dah 'kong'. Namun janji dengan Encik Baharuddin (Abang Din) semalam adalah penting. Saya dan Fendi mesti pergi.
Alhamdulillah, setelah ambil Fendi di Gopeng kami teruskan perjalanan ke Teluk Intan. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit dan saya terpaksa menggunakan Kelisa untuk teruskan misi ini. Walaupun sebenarnya nak memuatkan Fendi dalam Kelisa ini tampak menyeksakan.
Selepas bersarapan di Degong kami gegas mencari rumah Abang Din yang ternyata terletak di jalan besar Sungai Manik ni. Rumah tepi sawah pemandangan yang indah serta komuniti migrasi berketurunan Banjar ini dan sejarah 'Perang Sungai Manik' menggamit perhatian kami.
Begitulah kami, membawa amanah zakat dari CDM Mohd Azmir Bin Abdul Aziz agar memberikan Abang Din sekeluarga akan kemudahan 'Water Filter' yang rata-rata penduduk disini menjadikan telaga sebagai punca air.
Menyorot kembali bagaimana misi ini terhasil, Ustaz Hisham Mokhtar (Downline saya di SK Tanjong Rambutan) menelefon tengahari itu. "Assalamualaikum Meor, anta dimana?" "Ana di Cili Hijau dengan Abang Azmir. Anta dah habis sekolah ke? Marilah ke sini" Jawab saya. 15 minit kemudian Ustaz sampai dan beliau mengeluarkan fail tuntutan derma dari seorang pelajar. "Ana kasihan dengan pelajar ini. Sudah 6 bulan terlantar dirumah kerana disambar petir. Apa kata kita tolong dia?" Cadangan Ustaz. "Ok. Aku zakatkan 1 BBA." kata Abang Azmir.
Beautiful Bio Aura (BBA) kini telah berada di rumah Hazriq. Tiada lagi bau yang menghantui keluarga ini. Semoga ikhtiar ini berhasil.
Sesampai di rumah Encik Baharuddin, kelihatan sekujur tubuh sedang tertiarap di atas katil dan hanya berlampin. Itulah HAZRIQ. Sayu kami melihatnya dan sekali kami kaget tatkala dia berusaha bernafas menggunakan tengkuknya yang dilubangkan. Pandangan saya tertarik pada deretan piala-piala sukan. "Ini semua Hazriq punya. Dia di sekolah aktif bersukan terutama bolasepak dan lari 100m" kata Puan Norisah, Ibu Hazriq.
Mula-mula kami terus ke sinki untuk menukar kepala paip 'angsa'. Kemudian kami terus memasang BBA. Sekitar 30 minit juga masa diambil kerana menukar kepala paip tu kami ambil masa yang lama. "Alhamdulillah, air ni dah tak berbau lagi" kata Embah (Opah Hazriq). memang air bawah tanah di sini berbau dan satu kepuasan apabila masalah ini dapat diatasi.
Air BBA dibiarkan selama 20 minit dan setelah itu, bermulalah sesi 'perkenalan' antara Hazriq dan Air BBA ni. Fendi sembur badan Hazriq sesekali menggeletar tubuhnya kesejukan. Naik bulu romanya. Saya membasahkan kepala dan tengkuk Hazriq. Maknya pula memberikan air BBA kepada Hazriq. Kebiasaannya Hazriq susah nak meneguk air 'putih' ni kalau tidak disulam dengan air berperisa. Alhamdulillah tindak balas Hazriq positif kerana kesegaran air ini membuatkan segelas yang pertama habis dalam sejam dan menyerap ke tubuh Hazriq. Dan proses ini diulang.
Sementelah itu Fendi dan Encik Baharuddin (Abg Din) sibuk berbual tentang 'Perang Sungai Manik' yang menjadi memoir sejarah penduduk Sungai Manik sekitar 1940-an dahulu. Sesekala Embah menyampuk juga dalam membenarkan fakta Abang Din. Saya lihat Hazriq segar dengan 'Operasi' ini. Saya doakan Hazriq sembuh dan lincah seperti kanak-kanak lain. "Abg Din jangan lupa doa, selawat dan solat hajat untuk Hazriq ye" pesan saya pada Abg Din. Sesungguhnya allah s.w.t sahaja tempat kita mengadu. Insyaallah saya datang lagi Rabu ini dan kerap menghubungi Abang din tentang perkembangan Hazriq.
Menjelang pukul 12 tengahari setelah hampir 3 jam kami bersama Hazriq sekeluarga. Kami pun pulang ke Ipoh. Meskipun begitu banyak persoalan dalam benak kami. Antaranya peranan pihak SK Sungai Tungku, Hospital Teluk Intan dan komuniti Sungai Manik sendiri. Bukan keluarga Hazriq tidak mampu menyara Hazriq tetapi bayangkanlah kos lampinnya sahaja mencecah RM20.00 sehari.
Jadi anda bagaimana, jika ingin membantu hubungilah kami : 013-215 9339 (Fendi), 019-427 9554 (Meor). Maybank akaun : 158060468959 MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO
Kiriman MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO Pada 2:32:00 PM 1 Komen
Rujukan HAI-O : TNPOD 8581