BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Friday, September 12, 2008

KONVOKESYEN KE 10 UMS : Tahniah 'Un'

Oleh : Royem Al-Boothy



Konvokesyen ke-10 UMS

"Mana mau pegi encik?" tanya Ah Leong, pemandu teksi di Terminal Air Asia Kota Kinabalu. "UMS" jawab saya ringkas. Setelah setuju dengan upahnya 'innova' nya terus meluncur laju. "Laju sikit ye Ah Leong" pinta saya. Jam sudah pukul 1.30 petang. Alhamdulillah saya sampai tepat pada waktunya dan Ah Leong mengambil jalan pintas yang tidak banyak 'jam'.


Bersama dengan emak di dalam dewan.

20 minit kemudian kami sampai dan terus ke Dewan Besar. Setelah membayar upahnya, saya terus ke dalam. Alamak bateri pula 'kong'. Camne? Ah! idea. "Amoi! ini bunga berapa ringgit" tanya saya. "Tiga puluh je bang" jawabnya. Setelah membayar saya meminta dari amoi tu telefon sekejap. Terus saya telefon isteri di Semenanjung yang memintanya menelefon emak yang dah ada di dewan tersebut.

Bergambar kenangan bersama. Di kiri sekali itu adalah Saiful.

Kemudian, Saiful datang menuruti. Kami terus ke dewan. Kami duduk di bahagian atas dan jelas kelihatan keseluruhan dewan. Berprestij juga cuma akibat kepenatan saya tertidur juga sebentar.

Bergambar bersama Pensyarah yang bernama 'Miss' ni. Terima kasih kerana menumpangkan emak dan 'un' sepanjang berada di Labuan.

Menyelusuri kehidupan adik bongsu yang dipanggil 'un' ni, atau nama sebenarnya Mai Nurul Atiqah Binti Meor Nazro memang mengingatkan zaman kebudak-budakannya. 'Un' memang biasa sahaja. Semenjak kecil prestasi pelajarannya tidaklah sehebat kedua-dua abangnya. UPSR sekadar cukup makan dan PMR pun sama. SPM pun tidak segah sepupu sepapat yang lain dan STPM yang biasa seperti orang lain. Cuma kekaguman saya, 'Un' gigih berusaha demi menjayakan cita-citanya.

Kami sekeluarga tidaklah begitu menekan sangat pelajaran 'un' tapi dia gigih untuk berubah. Alhamdulillah, kini 'un' sudah setaraf dengan kami, abang-abangnya. Kalau arwah ayah masih hidup, pasti dia bangga. Begitu juga tangisan kegembiraan seorang ibu yang terbang beribu batu untuk melihat anaknya menggenggam segulung ijazah.


Pemandangan dari atas dewan.

Bagi saya, untuk 'un'. Teruskan berusaha kerana dorongan dari kami sekeluarga cuma 5% sahaja menjengah dalam kehidupanmu. 95% lagi dari usahamu sendiri. TAHNIAH 'UN'....