BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Saturday, October 18, 2008

LUAR JANGKAAN.....

Oleh : Royem Al-Boothy



LUAR JANGKAAN.... kelihatan DDM Noor Hafsah Sulaiman sedang mempengerusikan majlis.

"cukup ke ni...". "entahlah". Gitulah yang bermain di fikiran kami. Bebal seketika memikirkan tentang kehadiran malam ini. Penuh debaran dan tekaan. "oklah! Mei buat 120 orang punya makan" kata ibu mertuaku. Alhamdulillah lega juga mempunyai ibu mertua yang tau selok belok katering ni.


PENCETUS MOTIVASI .... Super CDM Safiah Yusof sedang menyampaikan amanatnya. "KAYA DIK... " Gitulah kata keramatnya.

Pukul 5.30 petang, Mei datang bawa makanan dan saya membantunya. "Takpe Lee. Biar berlebih takpe jangan tak cukup" Mei memujuk hatiku. Mungkin dia tengok saya runsing campur risau. Maklumlah baru buka MBC (Meeting Business Center) belum stokis lagi.

Melimpah keluar... Sambutan luar biasa ini saya doakan agar sentiasa berlaku. Buka minda orang Perak.

Selepas maghrib rombongan CDM dari KL telah pun tiba. Lagi 'Suspend' dibuatnya. Buatnya tak ramai yang hadir malu saya suami isteri. Pandangan majazi mereka yang pertama mereka katakan bagus, tempat pun ok. "Tahniah!" pujian CDM Suhailah dan CDM Wan. Alhamdulillah ok juga 'persembahan' kami ini. Namun debaran peserta mencemaskan juga.

Jom Makan.... Hidangan yang ala kadar je tapi kelas. Masakan Mei memang dapat pujian. Sampaikan DSM Lini tanya saya samada Mei ada lagi anak lelaki bujang. Saya kata anak lelaki takde tapi menantu dia adalah.

Hujan diluar sana. Boleh tahan lebatnya. Jam sudah pukul 8.30 malam. Peserta belum penuh lagi. 15 minit kemudian barulah penuh dengan 'downline' dan 'sideline' dengan prospek masing-masing.
'Downline' Saya.... SM Zaman dan P4 Puteri dengan prospek. Ini dari Imegresen Ipoh di bawah SM Kak Lina.

Alhamdulillah muatan melimpah keluar sehingga keluar. "Meor! ambil tukul" Gurau DDM Azlan. Aduih!!! tak sangka seramai ini. Alhamdulillah hampir 150 orang telah datang ke Majlis Hari Raya ini. Semoga usaha kami diberkati Allah s.w.t.


'Downline' sideline SSM Amir. Dari kiri Abg. Nazri, SM Kak Lina, SM Awe, SM Tuan dan mak mentua Amir. Tahniah untuk BEMBAN dan INSTITUT TEKNOLOGI PERAK

Terima kasih tak terhingga kepada Mei, Abah, DSM Sabihah dan DSM Eja. Tanpa kalian siapalah kami...

'Downline' saya lagi. Ini Geng Ustaz pulak. Kanan sekali SSM Ust Hisham dan SM Ust Faizam bersama isteri dan anak. "Kalau SM Ita bawak 'downline' Askar, ana bawak 'downline' Ustaz pulak" kata SM Ust Hisham. Harmoni sungguh 8581 ni.

"BERANI BERUBAH demi kehidupan yang CEMERLANG"
OK jangan lupa datang lagi. Alamatnya : No.18, Taman Tasek Indera (Depan Litar Adilkap, Sebaris dengan Restoran Nasi Kandar Samudera). Meeting kita setiap hari Rabu jam 8.30 malam. Datang dengan membawa prospek baru ye!!!

1 Komen:

YanDarwisy said...

salam singgah...saya baru nak berjinak2 dgn Hai-O ni