BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Monday, June 29, 2009

MOTIVASI : Cerita si Pengemis dan Wanita Cantik

Dari [pakbelang_groups]



Kekayaan yang dikecapi harus disambut dengan kesyukuran kepada Ilahi. Gambar sekadar hiasan dan iktibar

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''

Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' '

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.

Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis .

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang :

''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
"



RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

Friday, June 19, 2009

AMIR & MAI : Selamat Pengantin Baru

Oleh : Royem Al-Boothy

Rumah Mai : 6 Jun 2009 (Sabtu)
Rumah Amir : 14 Jun 2009 (Ahad)


Friday, June 5, 2009

BEBERAPA PERKARA PENYEBAB KESUSAHAN DAN KEMELARATAN HIDUP

Oleh : Maria's Blog



BEBERAPA PERKARA PENYEBAB KESUSAHAN DAN KEMELARATAN HIDUP

1. Membakar kulit bawang merah atau bawang putih

2. Tidur (meniarap)

3. Menyapu rumah di waktu malam

4. Menyapu dgn kain

5. Tidak membersihkan rumah

6. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung

7. Membasuh tangan pada bekas makan

8. Duduk di atas tangga

9. Bersandar pada salah satu daun pintu

10. Berwudhuk di tempat buang air

11. Menjahit baju yg sedang dipakai

12. Mengeringkan muka dengan baju

13. Berdiri sambil bercekak pinggang

14. Tidur tanpa pakaian

15. Makan dalam keadaan junub

16. Cepat2 keluar dari masjid sesudah solat

17. Pagi buta pergi ke pasar dan

18. Pulang terlambat dari pasar

19. Mendoakan yg tidak baik bagi org tua, anak atau pemimpin

20. Tidak suka menutupi bekas

21. Memadamkan lampu dgn nafas

22. Membuang kutu dalam keadaan hidup

23. Mencuci kaki dengan tangan kanan

24. Kencing pada air yang bertakung

25. Memakai seluar sambil berdiri

26. Memakai serban sambil berdiri

27. Mandi junub di tempat kecing atau najis

28. Makan dengan dua jari

29. Berjalan di antara kambing

30. Berjalan di antara dua perempuan

31. Berbekam pada 17hb

32. Terlalu banyak mempermainkan janggut

33. Menghubungkan jeriji tangan di sekeliling lutut

34. Meletakkan telapak tangan di hidung

35. Memotong kuku dengan gigi

36. Membuka aurat di muka matahari atau bulan

37. Buang air kecil atau besar dengan mengadap kiblat

38. Menguap di waktu solat

39. Beludah dalam jamban atau dalam abu bakaran

40. Meletakkan tangan di atas pipi ketika duduk bertongkat dagu


Dan yang lebih besar dari yang tersebut di atas ialah:-

1. Meremehkan solat

2. Meremehkan apa2 yg terjatuh pada makanan

3. Tidak membaca ‘Bismillah’ ketika makan

4. Banyak makan dan berdusta

5. Memakai kasut di dahului kaki kiri sebelum yg kanan atau berlainan warna dan size

6. Makan di atas pinggan yg terbalik atau bijana (bekas makanan dan minuman yg retak atau kemek)

Thursday, June 4, 2009

MBC IPOH : Berwajah Baru

Oleh : Royem Al-Boothy

Kepada Rakan-rakan kongsi, "Jangan ditanya berapa RM dah kami belanja, Cuma semak berapa ramai prospek yang akan anda bawa"

DEWAN SEMINAR





Kaunter urusan jual beli

"JALAN KE DESTINASI SUDAH KAMI TEROKAI,
KAMI PIMPIN TANGAN ANDA UNTUK SAMA-SAMA RASAI"