BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Tuesday, June 3, 2008

IZZUDDINIANS : Kenali Ustaz Shaari Bin Husin

Oleh : Royem Al-Boothy


Salam Sahabat-sahabat. Saya perkenalkan Ustaz saya dulu, Ustaz Shaari Husin. Ustaz ajar Bahasa Arab, kalau tak dapat jawab pasti kena tumbukan di bahagian belakang supaya ingat sampai mati.

Alhamdulillah saya bertemu Ustaz di Masjid Jamek Tanjong Rambutan. Ustaz dah pun berpencen dan sekolah terakhirnya di SMK Ulu Kinta. Ustaz ada 8 orang anak.

Sekarang Ustaz mengajar di SAR Kampong Tersusun Batu 8.... Semoga Ustaz sihat Walafiat.

Kunjungan Hormat INFOGO ke Pejabat MB Perak

Oleh : Royem Al-Boothy


"Saya pun rasa bersalah juge yob, nape kita bio kan dema 50 tahun perintah Perak ni," Ujar Hj. Nizar.

Itulah secebis bicara Hj. Nizar Jamaluddin ketika kami membuat kunjungan hormat Jumaat lepas. Tidak lepas peluang Hj Nizar berdakwah agar kita faham bahawa dalam perniagaan juga perlu nilai-nilai Islam.

Ada seorang bertanya pada Hj Nizar mengenai kepentingan bermuamalat dengan orang bukan Islam. Justeru Hj Nizar berkata "Bila pula masanya kita nak berdakwah dengan dema ni. Asyik nak salahkan dema berniaga. Jadi kita jadikan dema Islam. Tokeh-tokeh tu Islam, Habis cerita."

Ye tak ye juga... Ape lagi Yob, kite Moh le dakwah dema!!!