BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Monday, August 4, 2008

HAZRIQ : Masih ada sinar untukmu

Oleh : Royem Al-Boothy


HAZRIQ : Telah 6 bulan penderitaanmu.


Pagi 2 Ogos 2008 (Sabtu), Saya cuba 'start'kan enjin Gen-2 ni. Dah 30 minit berlalu. Janji dengan Fendi seawal jam 7 pagi kini telah menjangkau ke 8 pagi. Mungkin bateri dah 'kong'. Namun janji dengan Encik Baharuddin (Abang Din) semalam adalah penting. Saya dan Fendi mesti pergi.

Alhamdulillah, setelah ambil Fendi di Gopeng kami teruskan perjalanan ke Teluk Intan. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit dan saya terpaksa menggunakan Kelisa untuk teruskan misi ini. Walaupun sebenarnya nak memuatkan Fendi dalam Kelisa ini tampak menyeksakan.

Saya bersama Hazriq. kelihatan bersama Embahnya dan Bibik yang tekun menjenguk Hazriq. Bibiklah yang pergi memohon bantuan ke Sekolah-sekolah dan Institusi lain.

Selepas bersarapan di Degong kami gegas mencari rumah Abang Din yang ternyata terletak di jalan besar Sungai Manik ni. Rumah tepi sawah pemandangan yang indah serta komuniti migrasi berketurunan Banjar ini dan sejarah 'Perang Sungai Manik' menggamit perhatian kami.

Hazriq : Kelincahanmu di rindui

Begitulah kami, membawa amanah zakat dari CDM Mohd Azmir Bin Abdul Aziz agar memberikan Abang Din sekeluarga akan kemudahan 'Water Filter' yang rata-rata penduduk disini menjadikan telaga sebagai punca air.

Menyorot kembali bagaimana misi ini terhasil, Ustaz Hisham Mokhtar (Downline saya di SK Tanjong Rambutan) menelefon tengahari itu. "Assalamualaikum Meor, anta dimana?" "Ana di Cili Hijau dengan Abang Azmir. Anta dah habis sekolah ke? Marilah ke sini" Jawab saya. 15 minit kemudian Ustaz sampai dan beliau mengeluarkan fail tuntutan derma dari seorang pelajar. "Ana kasihan dengan pelajar ini. Sudah 6 bulan terlantar dirumah kerana disambar petir. Apa kata kita tolong dia?" Cadangan Ustaz. "Ok. Aku zakatkan 1 BBA." kata Abang Azmir.


Beautiful Bio Aura (BBA) kini telah berada di rumah Hazriq. Tiada lagi bau yang menghantui keluarga ini. Semoga ikhtiar ini berhasil.

Sesampai di rumah Encik Baharuddin, kelihatan sekujur tubuh sedang tertiarap di atas katil dan hanya berlampin. Itulah HAZRIQ. Sayu kami melihatnya dan sekali kami kaget tatkala dia berusaha bernafas menggunakan tengkuknya yang dilubangkan. Pandangan saya tertarik pada deretan piala-piala sukan. "Ini semua Hazriq punya. Dia di sekolah aktif bersukan terutama bolasepak dan lari 100m" kata Puan Norisah, Ibu Hazriq.

Mula-mula kami terus ke sinki untuk menukar kepala paip 'angsa'. Kemudian kami terus memasang BBA. Sekitar 30 minit juga masa diambil kerana menukar kepala paip tu kami ambil masa yang lama. "Alhamdulillah, air ni dah tak berbau lagi" kata Embah (Opah Hazriq). memang air bawah tanah di sini berbau dan satu kepuasan apabila masalah ini dapat diatasi.


Luka di belakang badan Hazriq ini kelihatan kering setelah 2 jam di rawat.

Air BBA dibiarkan selama 20 minit dan setelah itu, bermulalah sesi 'perkenalan' antara Hazriq dan Air BBA ni. Fendi sembur badan Hazriq sesekali menggeletar tubuhnya kesejukan. Naik bulu romanya. Saya membasahkan kepala dan tengkuk Hazriq. Maknya pula memberikan air BBA kepada Hazriq. Kebiasaannya Hazriq susah nak meneguk air 'putih' ni kalau tidak disulam dengan air berperisa. Alhamdulillah tindak balas Hazriq positif kerana kesegaran air ini membuatkan segelas yang pertama habis dalam sejam dan menyerap ke tubuh Hazriq. Dan proses ini diulang.

Sementelah itu Fendi dan Encik Baharuddin (Abg Din) sibuk berbual tentang 'Perang Sungai Manik' yang menjadi memoir sejarah penduduk Sungai Manik sekitar 1940-an dahulu. Sesekala Embah menyampuk juga dalam membenarkan fakta Abang Din. Saya lihat Hazriq segar dengan 'Operasi' ini. Saya doakan Hazriq sembuh dan lincah seperti kanak-kanak lain. "Abg Din jangan lupa doa, selawat dan solat hajat untuk Hazriq ye" pesan saya pada Abg Din. Sesungguhnya allah s.w.t sahaja tempat kita mengadu. Insyaallah saya datang lagi Rabu ini dan kerap menghubungi Abang din tentang perkembangan Hazriq.

Fendi sedang menyembur badan Hazriq dengan Air BBA.

Menjelang pukul 12 tengahari setelah hampir 3 jam kami bersama Hazriq sekeluarga. Kami pun pulang ke Ipoh. Meskipun begitu banyak persoalan dalam benak kami. Antaranya peranan pihak SK Sungai Tungku, Hospital Teluk Intan dan komuniti Sungai Manik sendiri. Bukan keluarga Hazriq tidak mampu menyara Hazriq tetapi bayangkanlah kos lampinnya sahaja mencecah RM20.00 sehari.


Saya (MEOR SAIFUL NAZLI) dan ASRUL EFFENDI

Jadi anda bagaimana, jika ingin membantu hubungilah kami : 013-215 9339 (Fendi), 019-427 9554 (Meor). Maybank akaun : 158060468959 MEOR SAIFUL NAZLI BIN MEOR NAZRO

1 Komen:

shaifful said...

salam. saya ingin hubungi saudara asrul. boleh tak minta beliau hubungi saya di talian 0199837078. Ni rakan lama beliau semasa di ITM.

shaifful