Oleh : Royem Al-Boothy
Kehadiran muktamar ini di sini bermula juga dengan kontroversi iaitu Kedah juga berkeinginan yang sama. Tetapi lebih memihak pada Perak yang sebetulnya sudah 35 tahun lamanya tidak bermuktamar disini setelah kali terakhir pada 1964 dahulu.
Jarak dan masa bukanlah ukuran meskipun hampir sepenuhnya 'think tank' PAS dahulu berasal dari Perak. Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Prof. Dr. Zulkifli Muhammad, Ustaz Hasan Adli sekadar saya menyebut beberapa contoh. Namun kemenangan anugerah Allah s.w.t ini lebih kepada suatu ujian untuk rakyat negeri ini.
Pernah dahulu Yang Dipertua PAS Kawasan saya menyebut agar papan tanda bertulis "PAS tawan Perak 2004" itu di turunkan di Pengkalan Pegoh kerana malu mungkin. Tetapi tidak kini, mungkin itu juga merupakan doa setelah acap kali bermain dibibir rakyat.
Semestinya banyak kepincangan, sehinggakan ada segelintir telah rasakan puas dengan nikmat perjuangan ini sebagai medan membalas dendam atas kebobrokan si BN dahulu. Ada juga yang kembali mengukuhkan sayap-sayap yang perlu demi PRU 2012 nanti.
Bagi saya, muktamar ini lebih kepada syiar dan isyarat kepada BN yang PR bukan hendak perintah Perak sepenggal sahaja tetapi selamanya. Selama 4 hari bermula 14 hingga 17 ogos pelbagai kritikan dan motivasi dapat dimuhasabah.
Suasana yang tidak disangkakan. Stadium Perak dah dapat 'kami' guna.
Dema dulu 'haram' bayo... kite bayo yob
Dema dulu 'haram' bayo... kite bayo yob
Saya akui kerana saya tidak terlibat secara langsung dalam persiapan muktamar ini dan kehadiran saya di sana lebih sebagai rakan niaga di Gerai Hai-O Marketing namun sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng suasana ini memang dirindui. Begitulah fokus saya kini untuk memangkin pertumbuhan ekonomi didalam jemaah ini. Meskipun banyak cemuhan dari pujian, saya positifkan diri ini kerana sesuatu perubahan memerlukan pengorbanan.
Tiada salah undur selangkah bagi menyusun strategi dari menapak tanpa muhasabah diri. Namun segala kemusykilan diri ini terjawab kerana selagi kita bernaqib insyaallah kita terpimpin. Jika nak tahu banyak lagi pasal saya, tanyalah naqib saya Ustaz Khairil Azhar Shamsuddin (Ust. Kas) tel : 019-416 8747 . Takbir!!!
2 Komen:
ape payah petik nama naqib yop. ana rasa naqib anta tu pun 2x5 anta gak. ada usrah x nak pegi. duk ajk tarbiyah, tapi haram nampak muka. jgn di carik sgt untung dunia yop, belum tentu dpt jd bekal kat akhirat nnt. udah udah le tu
kalu x sempat buat semua,buatlah setakat yang termampu..jgn ditinggalken semua deh...
Post a Comment