BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Wednesday, November 5, 2008

PELAN HAI-O ADIL DAN SAKSAMA

Oleh : Royem Al-Boothy

“MLM menindas! MLM haram!” ini sekadar beberapa ungkapan muktamad bagi mereka yang tahu dibelakang tabir tanpa memperincikan kajian untuk menjatuhkan “hukum” ini. Justeru itu ramai yang tersadung dengan ungkapan ini. Malahan ada yang menganggap ini suatu dakyah yang akan meruntun kesejahteraan umat Islam.

Banyak soalan berlegar dari sudut Islam. Alhamdulillah dengan sejengkal ilmu yang ada saya cuba merungkai meskipun tak sehebat ”Tuan Guru” Zaharuddin bin Abdul Rahman yang banyak membuat keputusan tanpa pengkajian yang mendalam. Betulkan Ustaz?

Saya tertarik dengan catatan dari ADIK pada shoutbox di blog ini. Insyaallah saya akan rungkai satu persatu.

ADIK bertanya,

Soalan 1 : ”Saya nak tau Hi-O nih tak haram ke??bknkah ia menindas org org bawah.ada skim piramid dan sampai bila org atas nak tolong org yg plg bawah..”

Soalan 2 : ”kita labur duit sikit tp kita dpt berjuta juta dgn hanya talk dan bantu cari org.tetiba dpt berjuta.dimana konsep ekonomi islam disini.”

Ini jawabnya....

Saya telah menyertai banyak syarikat MLM. Hai-o adalah yang ke-11 bagi saya. Juga muktamad ini adalah MLM saya yang terakhir, Insyaallah. Sepanjang penglibatan ini saya dapati ada MLM yang benar-benar MLM dan ada juga sebaliknya. Tolong ingat ungkapan saya ini “MLM bukan SKIM CEPAT KAYA, SKIM CEPAT KAYA boleh jadi di MLM”.


Hai-O : “Tradisional MLM” kerana kita BERNIAGA BUKAN MELABUR. Kita memperkenalkan 3 ‘S’ iaitu Selling (jual), Sponsoring (Taja) dan Servicing (Servis). Justeru itu apabila terjadinya proses 3 ‘S’ ini maka dari sudut muamalatnya telah tercapai. Dan ini sudah terlepas dari sangkaan SKIM CEPAT KAYA.


Pangkat dalam Hai-o ada 5 iaitu Sales Manager (SM), Senior Sales Manager (SSM), Diamond Sales Manager (DSM), Double Diamond Manager (DDM) dan Crown Diamond Manager (CDM). Setiap pangkat ini pasti memerlukan kerja dan 3 ‘S’ adalah asas untuk dicapai. Misalnya seseorang SSM untuk ke pangkat seterusnya DSM, perlu melahirkan seorang SSM sekurang-kurangnya. Dan begitulah seterusnya.


Dari sistem Point pula, Hai-o mengamalkan sistem AccPGPV iaitu Pengiraan Mata Terkumpul. Malahan ini memudahkan usahawan Hai-o untuk mencapai pangkat demi pangkat tanpa bermula kembali dari 0. Alhamdulillah, ini juga terlepas dari kezaliman sesetengah syarikat yang gemar mengaut keuntungan dari usaha para usahawannya.

Tiada yang mustahil apabila kita berusaha kerana firman Allah s.w.t dalam surah Ad-Dzariyaat ayat 22 dan 23 :

22. Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezkimu[1418] dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu[1419].

23. Maka demi Tuhan langit dan bumi, Sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan.

Tika saya menulis ini bermacam-macam persoalan yang perlu dirungkai. Kebiasaannya soalan juga ada yang perlukan jawaban dan “Lu Fikir Lah Sendiri” pun adalah jawaban yang tepat juga. Jadi kepada para pengkaji yang tidak berbayar tu, teruskanlah kajian anda kerana anda berhak menilai meskipun andaian penilaian anda membuatkan umat Islam lagi bertambah mundur, mundur dan JUMUD.


SEERU ‘ALA BARAKATILLAH......

0 Komen: