BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Saturday, August 30, 2008

MALAM LANTERA JIWA : Ini Satu Permulaan

Oleh : Royem Al-Boothy

MALAM LANTERA JIWA :
Suatu Pendekatan Pakatan Rakyat (PR)

Antara Barisan Seniman dan Karyawan

Pada 22 Ogos 2008 (Jumaat) bertempat di Yayasan Kesenian Perak, Lantera Jiwa telah menganjurkan program sulung mereka yang dinamakan MALAM LANTERA JIWA. Program ni khas untuk jiwa santai dan jiwa merdeka bukan berjiwa haprak lagi kepala jingga.

Dari kiri : Saya, Hishamuddin Rais dan
Adik Saya Meor Khairul (Pengarah Program)

Ust. Kas, Hafiz dan sahabat PAS Desa Aman turut sama memeriahkan majlis.

Alhamdulillah program pembiayaan sendiri ini telah berjaya menarik minat pencinta-pencinta seni tanah air dengan mengundang seniman-seniman dan karyawan yang tersohor tanahair. Senang kata mereka popular di kalangan pendokong reformasi di Malaysia ini.

"Khairy, Pak Lah, Umno" itulah 'smash' sinis
Rahmat Harun pada lagu-lagunya.

"Hentikan Perang Sekarang" dari Black

Rata-rata mereka adalah dari Permatang Pauh membantu kempen Sdr. Anwar Ibrahim. 10 hari mereka ni berkampung disana dan singgah sebentar di Ipoh ini bagi meluahkan rasa dan memberitakan maklumat terkini dari Permatang Pauh.

Persembahan Perkusi oleh Lantera Jiwa yang diketuai oleh Imam Syed (Imam Masjid Jalan Dairy)

"Aku Seniman Bukan Pengampu" Saya dan Pyanhabib.

Special Thanx untuk Muhaimin Sulam kerana memberikan semangat membina untuk kami melaksanakan program ini. Agar di kemudian hari pimpinan PAS boleh menerima ini sebagai satu genre dakwah.

Jumpa lagi di MLJ Siri 2

Insyaallah nantikan penganjuran kami yang seterusnya nanti....

1 Komen:

pak yatim said...

satu usaha yang perlu diteruskan lagi..satu usaha yang bukan sedikit timbangan pengorbananya..terima kasih dari rakyat malaysia untuk anda..