BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Saturday, August 1, 2009

PROMOTE PRODUK : Bukan Susah Nak jual...

Oleh : Royem Al-Boothy


Ini promosi di Lenggong...
Jangan lupa call KAK PAH 012-599 4166

KAFETERIA JKR LENGGONG

Sekarang dah ada iklan. Jadi JOM JOIN KITA....

Wednesday, July 22, 2009

SAHABATKU : Masa Untuk BERUBAH

Oleh : Royem Al-Boothy

BENGKEL SM DAN SSM SIRI 2
18 Julai 2009 (Sabtu)

Bukit Merah Lake Town Resort


Disini ianya bermula

"Jom Join Kita" itu sekadar ungkapan ajakan SCDM Jamsari Mokhtar di iklan Hai-o. Kecemerlangan keluarga Yosop membuatkan saya teruja untuk membina empayar biz keluarga saya.


"JOM JOIN KITA" inilah S-CDM JAMSARI MOKHTAR bersama DSM KHAIRIL AZHAR dari GERIK.

Alhamdulilah Yong (Noor Sabihah), Anyah (Khairuddin), Kak Jue, Mansor bersama-sama kami membina empayar ini. Mulanya CDM Hafsah hanya keseorangan mengorak langkah demi perubahan ini. Saya.... sekadar pemerhati ego, akhirnya join juga setelah beberapa kali biz ini membantu biz percetakan saya.


Misses MC kita pada pagi ini, DDM EJA dan DSM Suriani diapit oleh S-CDM Suhailah dan CDM Hafsah

Begitulah hebat kuasa usaha dan doa ini. Ajakan demi ajakan akhirnya membina satu rangkaian rakan kongsi yang gitu. Kelas demi kelas tak pernah jemu dihadiri walaupun tahun 2008 adalah tahun membina rangkaian ini. Penat jerih dan penolakan bagaikan asam garam dalam biz ini. Adakah kami berhenti? TIDAK. Teruskan juga. Ini RAHSIA...NYA.


S-CDM SAFIAH sedang memberikan motivasi kepada rakan kongsi sekalian.

Sahabat... Inilah masanya untuk sahabat berubah. Saya berjumpa, berkenalan dan mengajak untuk bersama di TNPOD 8581 ini. Yang berubah adalah SAYA, dari Bodoh jadi Pandai, dari susah kepada senang, dari celaka kepada bahagia. Hutang kian lama kian menyurut. Adakah saya berhenti? TIDAK.


Barisan sebahagian jejaka penguat TNPOD 8581 PERAK DARUL RIDZUAN

5% adalah usaha luaran yang mendesak saya untuk berubah. alhamdulillah 95% datangnya dari diri kita. Adakah saya berhenti? TIDAK.

Sekarang saya telah berubah.... sahabat bila lagi.

Monday, July 6, 2009

RES'Q : Kembali kepada FITRAH

Oleh : Royem Al-Boothy



BERANI BERUBAH... 45 orang bakal CDM hadir. KORBAN KERJA DEMI SEBUAH KEJAYAAN

"Alah sama je kursus-kursus cam gini. Tiup lilin, pastu tengok kita colour apa. Akak dah biasa kursus-kursus cam gini." bentak seorang rakan kongsi yang berasa 'cukup' dengan ilmu yang dah ada.


BERSEMANGAT YOB DAN YONG KITA

Bagi saya dan CDM Hafsah, ini adalah kali ke-4 kami hadir. Tak pernah jemu. Setiap sesi ada saje perubahan dari segi teknik dan peningkatan pengetahuannya. Bahkan saya rasa syukur kerana telah lama tak 'recharge'.


ALPHA 8... POSITIF

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan kongsi yang hadir kerana sanggup AMBIL CUTI, sesungguhnya pengorbanan kalian AMATLAH BERBALOI.

Sesungguhnya mereka yang hadir akan peroleh manfaat. Tanyalah kepada mereka yang pergi.


Kehebatan kita, Allah s.w.t sudah anugerahkan.
Kita cuma belajar untuk tahu menggunakannya.

Kepada yang tidak hadir, tiada kata yang mampu saya ucapkan cuma sekadar ungkapan "JANGAN BERPUTUS ASA DALAM MENCARI ILMU, MESKIPUN ILMU ITU DATANG DARI SEORANG BUDAK ATAU MENDATANGI ILMU ITU SECARA MERANGKAK"

Monday, June 29, 2009

MOTIVASI : Cerita si Pengemis dan Wanita Cantik

Dari [pakbelang_groups]



Kekayaan yang dikecapi harus disambut dengan kesyukuran kepada Ilahi. Gambar sekadar hiasan dan iktibar

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''

Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' '

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.


Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan.

Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.


Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis .

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang :

''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .
"



RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

Friday, June 19, 2009

AMIR & MAI : Selamat Pengantin Baru

Oleh : Royem Al-Boothy

Rumah Mai : 6 Jun 2009 (Sabtu)
Rumah Amir : 14 Jun 2009 (Ahad)


Friday, June 5, 2009

BEBERAPA PERKARA PENYEBAB KESUSAHAN DAN KEMELARATAN HIDUP

Oleh : Maria's Blog



BEBERAPA PERKARA PENYEBAB KESUSAHAN DAN KEMELARATAN HIDUP

1. Membakar kulit bawang merah atau bawang putih

2. Tidur (meniarap)

3. Menyapu rumah di waktu malam

4. Menyapu dgn kain

5. Tidak membersihkan rumah

6. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung

7. Membasuh tangan pada bekas makan

8. Duduk di atas tangga

9. Bersandar pada salah satu daun pintu

10. Berwudhuk di tempat buang air

11. Menjahit baju yg sedang dipakai

12. Mengeringkan muka dengan baju

13. Berdiri sambil bercekak pinggang

14. Tidur tanpa pakaian

15. Makan dalam keadaan junub

16. Cepat2 keluar dari masjid sesudah solat

17. Pagi buta pergi ke pasar dan

18. Pulang terlambat dari pasar

19. Mendoakan yg tidak baik bagi org tua, anak atau pemimpin

20. Tidak suka menutupi bekas

21. Memadamkan lampu dgn nafas

22. Membuang kutu dalam keadaan hidup

23. Mencuci kaki dengan tangan kanan

24. Kencing pada air yang bertakung

25. Memakai seluar sambil berdiri

26. Memakai serban sambil berdiri

27. Mandi junub di tempat kecing atau najis

28. Makan dengan dua jari

29. Berjalan di antara kambing

30. Berjalan di antara dua perempuan

31. Berbekam pada 17hb

32. Terlalu banyak mempermainkan janggut

33. Menghubungkan jeriji tangan di sekeliling lutut

34. Meletakkan telapak tangan di hidung

35. Memotong kuku dengan gigi

36. Membuka aurat di muka matahari atau bulan

37. Buang air kecil atau besar dengan mengadap kiblat

38. Menguap di waktu solat

39. Beludah dalam jamban atau dalam abu bakaran

40. Meletakkan tangan di atas pipi ketika duduk bertongkat dagu


Dan yang lebih besar dari yang tersebut di atas ialah:-

1. Meremehkan solat

2. Meremehkan apa2 yg terjatuh pada makanan

3. Tidak membaca ‘Bismillah’ ketika makan

4. Banyak makan dan berdusta

5. Memakai kasut di dahului kaki kiri sebelum yg kanan atau berlainan warna dan size

6. Makan di atas pinggan yg terbalik atau bijana (bekas makanan dan minuman yg retak atau kemek)

Thursday, June 4, 2009

MBC IPOH : Berwajah Baru

Oleh : Royem Al-Boothy

Kepada Rakan-rakan kongsi, "Jangan ditanya berapa RM dah kami belanja, Cuma semak berapa ramai prospek yang akan anda bawa"

DEWAN SEMINAR





Kaunter urusan jual beli

"JALAN KE DESTINASI SUDAH KAMI TEROKAI,
KAMI PIMPIN TANGAN ANDA UNTUK SAMA-SAMA RASAI"

Friday, May 1, 2009

USTAZ SYAKIR DAN USTAZAH AISHAH : SELAMAT PENGANTIN BARU

Oleh : Royem Al-Boothy


Ini adalah Rakan Kongsi 8581 yang baru join Januari 2009.

Sesiapa yang dari BAGAN DATOH, TELUK INTAN, HUTAN MELINTANG atau SABAK BERNAM sila hubungi USTAZ SYAKIR 013-530 5330.

Yang dari area GOMBAK, WANGSA MAJU, AMPANG ATAU MELAWATI sila hubungi USTAZAH AISHAH 013-513 5330.

Berkat kome ada join dengan Ustaz Ustazah ni.... Jom join TNPOD 8581.

Thursday, April 30, 2009

CDM SUHAILAH YOSOP : SELAMAT HARI JADI

Oleh : Royem Al-Boothy


Rabu bersamaan 29 April 2009 adalah Hari Lahir bagi CDM hebat ini, S-CDM Suhailah Yosop. Diraikan di MBC Ipoh dengan penuh kejutan.

Thursday, April 23, 2009

STAR AREA : Hotel Excelsior, Ipoh Perak

Oleh : Royem Al-Boothy

STAR AREA, Ipoh, Perak
26 April 2009 (Ahad)
9.00 pagi - 12.00 tengahari
di Hotel Excelsior, Ipoh, Perak.
Masuk
Percuma (Bawa rakan, jiran dan saudara)


HOTEL EXCELSIOR
43, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 605-253 6666

Fax : 605-253 6912
E-mail :

mail@hotelexcelsior.com.my
http://www.hotelexcelsior.com.my


Peta ke Hotel Excelsior


Ruang Seminar EBONY ROOM

CDM NOOR HAFSAH : Selamat Hari Jadi Sayang...

Oleh : Royem Al-Boothy

CDM NOOR HAFSAH BINTI SULAIMAN
CDM TNPOD 8581
bagi negeri
PERAK DARUL RIDZUAN yang PERTAMA.

Pada 7 April 2009 ni genaplah usianya 30 tahun. Sementelah itu juga telah mencapai CROWN DIAMOND MANAGER (CDM) pada bulan yang sama.

Tahniah juga kerana menjadi CDM TNPOD 8581 bagi negeri PERAK DARUL RIDZUAN yang PERTAMA.

Alhamdulillah dan tahniah atas usaha CDM Hafsah semoga berkat usaha ini akan melebarkan sayap sehingga seluruh MALAYSIA.

Thursday, April 16, 2009

MBC IPOH : Ke Arah TAWAN PERAK

Oleh : Royem Al-Boothy


Operasi bermula... (baru luar, belum dalam lagi)

Alhamdulillah bermula dari 9 April 2009, saya dan isteri telah melakukan perubahan minor pada Meeting Business Centre (MBC) Ipoh. Demi keselesaan para leader dan prospek yang disayangi kami laburkan hampir RM15,000 dalam pengubahsuaian ini.

Kerangka 'partition' baru dipasang... 'wiring' pun kena buat semula

Seperti sedia maklum, pastikan kehadiran anda pada setiap hari RABU, dari jam 8.30 malam sehingga 11.00 malam di MBC Ipoh.


Ruang depan juga mengalami perubahan untuk keselesaan.

Bawa Jiran, Saudara dan Rakan sebagai PENCETUS FENOMENA HAI-O TNPOD 8581 di PERAK DARUL RIDZUAN ini.


Saudara Tipi sedang melakukan kerja-kerja 'wiring'.


Ini Saudara Din, Pengurus Syarikat D' TITIAN DAMAI ENTERPRISE... 013-529 6308 (Din Wire) panggilan mesranya. Dah 4 tahun saya kenal Din dan kerja-kerjanya cukup teliti. Sesiapa yang berminat untuk pengubahsuaian sila 'contact' Din.

Call dan sms : 019-526 0807 (CDM Hafsah) 019-427 9554 (DDM Meor Saiful)

Friday, January 9, 2009

Oleh : Sang Cenderawasih

Beberapa persoalan yang timbul apabila beberapa rakan mengetahui penglibatan saya dalam Hai-O Marketing (TNPOD 8581). Di sini saya serta penjelasan yang mudah-mudahan dapat membuka minda kita.

Royem Al-Boothy bersama-sama Pengerusi Kumpulan Hai-O En. Tan Khai Hee pada Majlis Diamond Night 2008 yang lalu.

Persoalan

Hai-O Marketing syarikat orang cina.

Penjelasan

Memang Hai-O Marketing syarikat orang cina, tapi 97% pengedarnya yang berpangkat Crown Diamond Manager (CDM) adalah usahawan jutawan bumiputera.

Persoalan

Kenapa nak kayakan syarikat cina. Lebih baik kayakan syarikat melayu.

Penjelasan

Perniagaan dalam Hai-O ini adalah perkongsian yang adil. Hai-O beri 67% kepada pengedarnya dan 33% syarikat ambil. Itupun dipulangkan semula dalam bentuk insentif produk dan pelancongan 3 kali setahun. 12% sahaja sebenarnya yang Hai-O ambil. Inilah situasi win win di antara pengedar dan syarikat.

Dalam masa yang sama, Hai-O sediakan produk yang berkualiti dan halal serta kedudukan syarikat yang kukuh merupakan satu peluang yang cukup baik untuk sesiapa menjadi usahawan jutawan. Kalau kita membiarkan peluang ini, orang lain yang akan ambil.

Hai-O tidak memilih warna kulit, tiada penindasan, sesiapa yang berusaha akan berjaya. Kenapa perlu timbul soal melayu cina dalam negara kita yang mahu masyarakatnya bersatu padu….

Persoalan

Hai-O tidak bayar zakat, pendapatan syarikat tidak bersih.

Penjelasan

Kalau begitu, maka kita orang Islam tidak boleh bekerja dengan mana-mana syarikat swasta milik bukan Islam sebab syarikat mereka tidak bayar zakat.


Hai-O dikatakan milik orang cina memang tidak wajib bayar zakat, sebab orang bukan Islam tidak wajib bayar zakat. Asalkan mereka bayar cukai pada kerajaan, maka terlepaslah tanggungjawab mereka terhadap negara. Yang wajib bayar zakat ialah pengedarnya yang beragama Islam.

DDM Noor Hafsah, Royem Al-Boothy dan Sang Cenderawasih ketika di suatu kursus di Shah Alam.

Saya faham apa yang tersirat dalam pemikiran rakan-rakan saya. Kalau saya di tempat mereka pun, mungkin saya akan persoalkan begitu. Namun saya yakin dengan apa yang saya buat.

Islam pun tidak melarang kita bermuamalah dengan bukan Islam asal menepati syarat. Saya teringat hadis “tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina.” Kenapa agaknya Rasulullah saw sebut negeri cina, saya pun tidak pasti. Yang kita tahu di negara kita ramai orang cina, mereka pandai berniaga dan menguasai ekonomi negara. Jadi kita berkongsilah dengan mereka.

Satu persoalan ialah Islam menolak asobiyah dan perkauman, mengapa dalam perniagaan kita timbulkan sentimen melayu cina atau apa saja. Kalau perniagaan dan perkongsiannya adil, apa salahnya. Dalam Al-Quran pun sebut “Kami jadikan kamu berpuak-puak dan berbangsa-bangsa supaya kamu berkenal-kenalan.”

Memang benar kita wajib memajukan ekonomi umat Islam, namun tidak terhad caranya mesti bekerja dalam syarikat orang Islam. Dalam Hai-O Marketing TNPOD8581, kita memang menekankan supaya meletakkan matlamat untuk mejadi pembayar zakat terbesar.

Akhir sekali, teruskanlah niat dan usaha kita untuk memajukan ekonomi umat walau apa caranya asalkan halal. Usah kita merendah-rendah usaha orang lain dan mendakwa kita yang terbaik. ‘Bertolong-tolonglah dalam perkara yang kita sepakati, dan berlapang dada dalam perkara yang kita perselisihkan.’

"UBAH sikap, ubah NASIB"