BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Friday, September 12, 2008

KONVOKESYEN KE 10 UMS : Tahniah 'Un'

Oleh : Royem Al-Boothy



Konvokesyen ke-10 UMS

"Mana mau pegi encik?" tanya Ah Leong, pemandu teksi di Terminal Air Asia Kota Kinabalu. "UMS" jawab saya ringkas. Setelah setuju dengan upahnya 'innova' nya terus meluncur laju. "Laju sikit ye Ah Leong" pinta saya. Jam sudah pukul 1.30 petang. Alhamdulillah saya sampai tepat pada waktunya dan Ah Leong mengambil jalan pintas yang tidak banyak 'jam'.


Bersama dengan emak di dalam dewan.

20 minit kemudian kami sampai dan terus ke Dewan Besar. Setelah membayar upahnya, saya terus ke dalam. Alamak bateri pula 'kong'. Camne? Ah! idea. "Amoi! ini bunga berapa ringgit" tanya saya. "Tiga puluh je bang" jawabnya. Setelah membayar saya meminta dari amoi tu telefon sekejap. Terus saya telefon isteri di Semenanjung yang memintanya menelefon emak yang dah ada di dewan tersebut.

Bergambar kenangan bersama. Di kiri sekali itu adalah Saiful.

Kemudian, Saiful datang menuruti. Kami terus ke dewan. Kami duduk di bahagian atas dan jelas kelihatan keseluruhan dewan. Berprestij juga cuma akibat kepenatan saya tertidur juga sebentar.

Bergambar bersama Pensyarah yang bernama 'Miss' ni. Terima kasih kerana menumpangkan emak dan 'un' sepanjang berada di Labuan.

Menyelusuri kehidupan adik bongsu yang dipanggil 'un' ni, atau nama sebenarnya Mai Nurul Atiqah Binti Meor Nazro memang mengingatkan zaman kebudak-budakannya. 'Un' memang biasa sahaja. Semenjak kecil prestasi pelajarannya tidaklah sehebat kedua-dua abangnya. UPSR sekadar cukup makan dan PMR pun sama. SPM pun tidak segah sepupu sepapat yang lain dan STPM yang biasa seperti orang lain. Cuma kekaguman saya, 'Un' gigih berusaha demi menjayakan cita-citanya.

Kami sekeluarga tidaklah begitu menekan sangat pelajaran 'un' tapi dia gigih untuk berubah. Alhamdulillah, kini 'un' sudah setaraf dengan kami, abang-abangnya. Kalau arwah ayah masih hidup, pasti dia bangga. Begitu juga tangisan kegembiraan seorang ibu yang terbang beribu batu untuk melihat anaknya menggenggam segulung ijazah.


Pemandangan dari atas dewan.

Bagi saya, untuk 'un'. Teruskan berusaha kerana dorongan dari kami sekeluarga cuma 5% sahaja menjengah dalam kehidupanmu. 95% lagi dari usahamu sendiri. TAHNIAH 'UN'....

Wednesday, September 10, 2008

TERBANG KE SABAH : Pertama Kali Dalam Hidupku

Oleh : Royem Al-Boothy


Di LCCT.... setibanya disana.

24 Ogos 2008, jam 3.00 pagi, adik saya hantar ke terminal bas 'YOYO Holiday' di Bercham. Isteri saya dan anak-anak bersenggang mata menunggu pemergian saya ke Sabah pada malamnya. Alhamdulillah, Adik (Adni Noor Umairah) dah boleh berjalan. 'Surprise' buat saya pada malam tersebut.



Pemandangan luar 'flight'. Waktu ni dah seram sejuk dah.

Genting sungguh menunggu Khai dan Oli takut-takut terlepas bas, meskipun syarikat bas dah 'remind' sejak maghrib tadi tentang masa bertolak. Alhamdulillah, mereka pun sampai dan bermulalah perjalanan musafir saya ke bumi di bawah bayu ini selama 3 hari 2 malam.
Semasa didalam bas, tidur adalah teman istimewa saya, mungkin keletihan kerana siri-siri 'appointment' prospek Hai-O sejak dari pagi hingga berakhir pukul 12.00 tengah malam iaitu di rumah Aidawati (Kenalan Isteri) dan Shuib.

Pemandangan di langit biru. Maha Suci Allah.

6.15 pagi bas tiba di LCCT Sepang dan terus menuju ke perkarangan lobi sambil berehat sementelah kelihatan manuasia berasak-asak di surau mengerjakan solat subuh. Jam 7.00 saya bersolat subuh dan setelah selesai saya berehat di Coffee Bean Cafe sehingga jam 10.15 pagi. Sempat juga berchatting dengan sahabat-sahabat dan meng'update' blog ini berkaitan Trip ke PARIS nanti.


Tengah layan 'jiwang'. Maklumlah tak pernah jauh dari isteri dan anak-anak.

10.15 pagi terkocoh-kocoh ke kaunter tiket, memandangkan tiada bagasi saya tidak menunggu lama dan terus ke Balai Pelepasan Domestik kerana dijangka berlepas pada jam 11.00 pagi. Keadaan tetap sama seperti menaiki bas, tolak-menolak tetap berlaku maklumlah budaya gamaknya. Buat malu kat mat saleh je perangai camtu. Saya takde, dema je camtu.


Sabah.... hehehe dah sampai dah.

Kali pertama ini pastinya seram sejuk tu ada menjengah. Terutama waktu berlepas, kecut perut ni. "Subhanallazi Sakharalana....."

Maha Suci Allah yang Menciptakan alam ini... saya dapat melihat keindahan ciptaannya. "Sekarang kita sedang melepasi Bandar Diraja Pekan, Pahang." Begitulah penerangan kapten kapal yang tidak leka memberikan maklumat sepanjang penerbangan. Nun di bawah sana, membiru saja. Seterusnya melewati Sarawak dan menghampiri Sabah Negeri Di Bawah Bayu.


Alhamdulillah... selamat sampai. 6 November ni nak ke PARIS pula. Jom kita 'Fight' pergi Sydney. Trip Pelancongan Bersama Hai-O.

Kenapa ke Sabah? Sebenarnya saya mengikuti Konvokesyen adik saya 'Un' yang baru 'grade' tahun ini. Hampir 4 tahun belajar di Labuan, inilah kali pertama saya menjengahnya. Lamunan terhenti apabila kapten kapal memberitahu akan membuat pendaratan. Selama 2 jam 30 minit di awangan kini telah tiba di Terminal Air Asia di Sabah. Jam baru pukul 1.15 petang. Tapi tubuh masih lagi bergetar maklumlah GAYAT.......