BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Saturday, August 30, 2008

KEM HANIFAH : Menggamit Ketenangan Jiwa

Oleh : Royem Al-Boothy



Kem Hanifah. Perjuangan 15 tahun Bapak termeterai disini.

Pada 11 Ogos 2008, saya, Ustaz Kas dan Abang Man telah pergi ke Kem Hanifah di Gopeng. Memang dahulunya tempat ni dikenali sebagai Kebun Pak Kholil dikalangan kami. Memang telah banyak perubahan yang telah dilakuakan oleh Bapak (Panggilan bagi Pak Kholil) dalam merealisasikan impiannya hendak menjadikan tanah seluas 5 ekar ini sebagai 'Summer Camp'.

Laluan ke Kem

Kami bertolak pada pukul 4.00 petang dari Pengkalan Pegoh dan terus ke Kem Hanifah meskipun perancangan untuk pergi hanya diputuskan pada jam 2.00 petang itu. Sesungguhnya ini satu siri langkah bagi PAS Cawangan Desa Aman dalam usaha mempereratkan silaturrahmi sesama ahli cawangannya. Malahan inilah kali pertama kami bertemu Pak Kholil untuk mengadakan aktiviti ditempatnya.

Ustaz Kas dan Abang Man, dua nadi penggerak PAS Cawangan Desa Aman.

Jam 4.30 petang kami tiba di lokasi dan kehadiran kami disambut baik oleh Bapak yang ketika itu sedang menebang pisang sekeliling kebunnya. "Bapak tak kisah nak bagi berapa. Asalkan ini untuk program PAS, Bapak pulangkan pada PAS" Begitulah kata putus dari Bapak ketika akhir bicara. Walaupun Bapak tidak 'demand' tetapi jelas tarbiyyah Bapak lebih menebal dari kami yang baru merangkak-rangkak dalam perjuangan ini.

Saya bersama Abang Man. Menikmati kelazatan sebakut rambutan

"Jom kita makan durian. Rambutan pun masih ada lagi" pelawa Bapak. Begitulah Bapak yang saya sendiri kenali semenjak 3 tahun lepas. Pastinya tidak pulang dengan tangan kosong. Begitulah adabnya Bapak melayan tetamu yang perlu dicontohi.

Ketenangan dan kejernihan air Sungai Dipang
ini tidak putus-putus dijengah si jiwa - si jiwa yang kacau


Begitu santai kami di petang itu sambil makan durian dan rambutan di tepi sungai yang sungguh mendamaikan. Setelah itu bersolat Asar di situ sambil menikmati kekhusyukkannya dengan deruan air sungai yang mengalir. Sungguh mendamaikan. Bisakan jiwa yang berserabut akan kembali tenang setelah menjengahnya.

Sesekali diri ini perlu dibelai sebelum direhatkan oleh Allah s.w.t selamanya.

Jam 5.30 petang kami beransur pulang setelah 6 biji durian sama-sama kami menjamahnya dan sebakul rambutan yang suku baru dihabiskan. Namun Bapak jasamu akan kami kenang bersama rentetan perjuangan dalam hidupmu yang tidak kunjung padam. TAKBIR!!!

0 Komen: