BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Sunday, April 13, 2008

SABERY CHIK : Lancar BLOG sekarang kalau ANAK JANTAN


Oleh : Royem Al-Boothy

Kebelakangan ini Dia semakin galak bak Si Penguasa Gila Meroyan. Terbaru, ingin memindahkan Selangor.fm ke lokasi baru setelah 'terasa' dengan percakapan Tan Sri Khalid Ibrahim.Kemudian ulasan kamu tentang Menteri Besar Selangor seolah-olah gila kuasa tetapi kamu yang tak sedar diri dengan memperalatkan RTM sebagai pencacai UMNO.

Bukan setakat Selangor. fm, Perak.fm pun jangan lupa sekali pindahkan ke Sabah Sarawak.Jika kamu boleh buat ikut suka kamu. Kami pun boleh juga. Di Perak, terang-terangan Warta Perak diperalatkan sebagai pencacai UMNO. Kamu tak sedar ke Sabery Chik.

Terdahulu dengan ungkapan untuk menjadi 'rakan' kepada bloggers di Malaysia, ini satu reformasi dari Kementerian Penerangan untuk bermain api. Mana surat jemputan kamu. Untuk pengetahuan Sabery Chik, kami pun tak hingin nak jumpa kamu.

Kalau kamu ANAK JANTAN.......

Mari kita lawan di blog. Kamu cakap nak jumpa bloggers..... KAMU DAH ADA BLOG KE BELUM!!!