Oleh : Sang Cenderawasih
Beberapa persoalan yang timbul apabila beberapa rakan mengetahui penglibatan saya dalam Hai-O Marketing (TNPOD 8581). Di sini saya serta penjelasan yang mudah-mudahan dapat membuka minda kita.
Royem Al-Boothy bersama-sama Pengerusi Kumpulan Hai-O En. Tan Khai Hee pada Majlis Diamond Night 2008 yang lalu.
Persoalan
Hai-O Marketing syarikat orang cina.
Penjelasan
Memang Hai-O Marketing syarikat orang cina, tapi 97% pengedarnya yang berpangkat Crown Diamond Manager (CDM) adalah usahawan jutawan bumiputera.
Persoalan
Kenapa nak kayakan syarikat cina. Lebih baik kayakan syarikat melayu.
Penjelasan
Perniagaan dalam Hai-O ini adalah perkongsian yang adil. Hai-O beri 67% kepada pengedarnya dan 33% syarikat ambil. Itupun dipulangkan semula dalam bentuk insentif produk dan pelancongan 3 kali setahun. 12% sahaja sebenarnya yang Hai-O ambil. Inilah situasi win win di antara pengedar dan syarikat.
Dalam masa yang sama, Hai-O sediakan produk yang berkualiti dan halal serta kedudukan syarikat yang kukuh merupakan satu peluang yang cukup baik untuk sesiapa menjadi usahawan jutawan. Kalau kita membiarkan peluang ini, orang lain yang akan ambil.
Hai-O tidak memilih warna kulit, tiada penindasan, sesiapa yang berusaha akan berjaya. Kenapa perlu timbul soal melayu cina dalam negara kita yang mahu masyarakatnya bersatu padu….
Persoalan
Hai-O tidak bayar zakat, pendapatan syarikat tidak bersih.
Penjelasan
Kalau begitu, maka kita orang Islam tidak boleh bekerja dengan mana-mana syarikat swasta milik bukan Islam sebab syarikat mereka tidak bayar zakat.
Hai-O dikatakan milik orang cina memang tidak wajib bayar zakat, sebab orang bukan Islam tidak wajib bayar zakat. Asalkan mereka bayar cukai pada kerajaan, maka terlepaslah tanggungjawab mereka terhadap negara. Yang wajib bayar zakat ialah pengedarnya yang beragama Islam.
DDM Noor Hafsah, Royem Al-Boothy dan Sang Cenderawasih ketika di suatu kursus di Shah Alam.
Saya faham apa yang tersirat dalam pemikiran rakan-rakan saya. Kalau saya di tempat mereka pun, mungkin saya akan persoalkan begitu. Namun saya yakin dengan apa yang saya buat.
Islam pun tidak melarang kita bermuamalah dengan bukan Islam asal menepati syarat. Saya teringat hadis “tuntutlah ilmu hingga ke negeri cina.” Kenapa agaknya Rasulullah saw sebut negeri cina, saya pun tidak pasti. Yang kita tahu di negara kita ramai orang cina, mereka pandai berniaga dan menguasai ekonomi negara. Jadi kita berkongsilah dengan mereka.
Satu persoalan ialah Islam menolak asobiyah dan perkauman, mengapa dalam perniagaan kita timbulkan sentimen melayu cina atau apa saja. Kalau perniagaan dan perkongsiannya adil, apa salahnya. Dalam Al-Quran pun sebut “Kami jadikan kamu berpuak-puak dan berbangsa-bangsa supaya kamu berkenal-kenalan.”
Memang benar kita wajib memajukan ekonomi umat Islam, namun tidak terhad caranya mesti bekerja dalam syarikat orang Islam. Dalam Hai-O Marketing TNPOD8581, kita memang menekankan supaya meletakkan matlamat untuk mejadi pembayar zakat terbesar.
Akhir sekali, teruskanlah niat dan usaha kita untuk memajukan ekonomi umat walau apa caranya asalkan halal. Usah kita merendah-rendah usaha orang lain dan mendakwa kita yang terbaik. ‘Bertolong-tolonglah dalam perkara yang kita sepakati, dan berlapang dada dalam perkara yang kita perselisihkan.’
0 Komen:
Post a Comment