BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Thursday, May 29, 2008

Kunjungan Hormat INFOGO ke Pejabat MB Perak

Oleh : Royem Al-Boothy

Selasa lalu 27 Mei 2008, saya ke Pejabat Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak Ustaz Misbahul Munir bin Haji Masduki. Rasanya bagai lama tak jumpa secara in-person begini. Terserempak tika program tu ada.

"Lama tak jumpa Ustaz" saya menyapa Ustaz.

"Anta yang sombong tak nak jumpa ana kat sini" gurau ustaz.

"Kitakan dah macam adik beradik" ustaz menyambung.

Bila terkenang kenangan lalu memang rasakan akrabnya kami. Tatkala itu adanya Muhaimin Sulam, seiras wajah Ustaz juga ada bersama. Paduan Dewan Pemuda PAS Perak ketika itu (tahun 2003).


Adakalanya ketika mula-mula berumahtangga dulu, agak kerap tumpang Ustaz balik ke Ipoh. Andai Ustaz ada mesyuarat jadi saya menumpanglah. Maklumlah ketika itu isteri di Ipoh, saya di Teluk Intan menguruskan perniagaan di sana. kekadang temankan Ustaz ke program-programnya. Apa lagi tika itu Ustaz hebat menjual buku haraki dan saya tolong jualkan. Lewat juga pulang ke rumah sesama keletihan.

Teringat juga ketika ustaz berulang dari Pahang ke Ipoh. Sampai Medan Gopeng, saya pasti ambilkan Ustaz. Kesian juga Ustaz Isteri jauh, tidur pun di Pejabat Perhubungan je. Tapi Ustaz dah biasa.... biasa susah.

Kedai saya di Teluk Intan pun Ustaz kerap ziarah dan Ustaz kenal adik-beradik saya : Khai, Un. Maklumlah tika tu kami baru kehilangan arwah ayah dan Ustaz banyak motivasi adik-beradik saya.

Terima kasih Ustaz................. Memang terasa kita ni Adik-Beradik kerana Ustaz Bagaikan Seorang ABANG yang Penyayang.....

TERIMA KASIH ABANG.....

0 Komen: