BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Thursday, April 24, 2008

KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN : Hijrah Membawa Berkat

Oleh : Royem Al-Boothy


Ini adalah pemandangan di kampus baru KISDAR di Kuala Kangsar. Alhamdulillah, ia akan mula beroperasi Jun 2008.

Jalan ke kampus


Bangunan Pentadbiran


Masjid


Bangunan Asrama


Mini Stadium Hoki

PROF. DATUK DR. MUHAMMED YUSOFF BIN HUSSAIN, P.S.D., P.M.P.,
REKTOR KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN
(Apakah beliau masih relevan memegang jawatan ini????)

Wednesday, April 16, 2008

Kerajaan Pakatan Rakyat tuntut slot daripada RTM




Dari : http://buletinonline.net

Lima
negeri Pakatan Rakyat sepakat mahu media massa terutama media elektronik bersikap adil dan memberi ruang untuk menghebahkan aktiviti negeri.

Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin menuntut Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) memberikan slot program untuk menghebahkan dasar dan polisi baru kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“Rakyat perlu tahu apa yang kerajaan negeri baru lakukan untuk mereka dan satu caranya media elektronik perlu membantu kita,” katanya selepas Majlis Pidato Pakatan Rakyat semalam.

Majlis yang dihadiri 15,000 penyokong Pakatan Rakyat adalah sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih pemimpin ketiga-tiga parti itu yang menyokong mereka dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mewakili Menteri Besar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Husam dalam ucapannya yang mahu lima kerajaan negeri itu diberikan lesen untuk melancarkan stesen radio dan televisyen.

Agensi Bernama memetik Mohammad Nizar berkata, tidak ada cara lain untuk menghebahkan kepada rakyat dalam jumlah yang besar, mengenai dasar kerajaan negeri yang baru selain media elektronik, dan mereka akan memohon RTM memperuntukkan satu slot program selama sejam.

Katanya program “Bersama YAB” yang disiarkan RTM sebelum ini perlu diteruskan kerana program berkenaan memberi peluang kepada Exco kerajaan negeri atau wakil rakyat berinteraksi dan menjelaskan visi serta misi kepada rakyat dalam kelompok yang lebih besar.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan memohon kepada Kementerian Penerangan untuk siaran program berkenaan beliau berkata: “Adalah menjadi tanggungjawab kementerian itu untuk menyebarkan polisi dan program kerajaan kepada rakyat.”

Sunday, April 13, 2008

SABERY CHIK : Lancar BLOG sekarang kalau ANAK JANTAN


Oleh : Royem Al-Boothy

Kebelakangan ini Dia semakin galak bak Si Penguasa Gila Meroyan. Terbaru, ingin memindahkan Selangor.fm ke lokasi baru setelah 'terasa' dengan percakapan Tan Sri Khalid Ibrahim.Kemudian ulasan kamu tentang Menteri Besar Selangor seolah-olah gila kuasa tetapi kamu yang tak sedar diri dengan memperalatkan RTM sebagai pencacai UMNO.

Bukan setakat Selangor. fm, Perak.fm pun jangan lupa sekali pindahkan ke Sabah Sarawak.Jika kamu boleh buat ikut suka kamu. Kami pun boleh juga. Di Perak, terang-terangan Warta Perak diperalatkan sebagai pencacai UMNO. Kamu tak sedar ke Sabery Chik.

Terdahulu dengan ungkapan untuk menjadi 'rakan' kepada bloggers di Malaysia, ini satu reformasi dari Kementerian Penerangan untuk bermain api. Mana surat jemputan kamu. Untuk pengetahuan Sabery Chik, kami pun tak hingin nak jumpa kamu.

Kalau kamu ANAK JANTAN.......

Mari kita lawan di blog. Kamu cakap nak jumpa bloggers..... KAMU DAH ADA BLOG KE BELUM!!!