BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

| info CDM MEOR SAIFUL |

My photo
IPOH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

| CDM NOOR HAFSAH & DDM MEOR SAIFUL |

Monday, March 24, 2008

KELAS BAHASA CINA

Dalami sesuatu Bangsa dengan kefahaman Bahasa.

JOM BELAJAR BAHASA CINA





Thursday, March 20, 2008

SIAPA KITA NI?


Tatkala memandang permandangan sebegini... Hati ini bisa menjadi tenang

  • Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
  • Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
  • Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
  • Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menambah-nambahkan harta seolah-olah tidak cukup dengan kekayaan yang ada.
  • Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
  • Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
  • Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
  • Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
(meh YM ke royem_alboothy@yahoo.com)


Didiklah anak dengan Al-Quran sejak kecil.
  1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W
  2. Jihad Fisabilillah adalaah matlamat hidupnya.
  3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.
  4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah S.W.T.
  5. Ikhlas dalam beramal.
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
  7. Sangat takut kepada ujian Allah S.W.T dan ancamannya.
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
  10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
  11. Tawakklal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada-Nya.
  12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhuwwah antara mereka.
  14. Sangat kuat amar ma'ruf dan nahi munkarnya.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
  16. Pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling menerima sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah S.W.T.
  17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
(meh YM ke royem_alboothy@yahoo.com)

Wednesday, March 19, 2008

22 Mac 2008 (Sabtu) : CERAMAH MAULIDUR RASUL

Tempat : Masjid Taman SPPK, Ipoh, Perak.
Masa : Selepas Solat Maghrib


Hasrizal is currently completing his Masters in History and Civilization at the International Islamic University Malaysia. He holds a BA (Hons.) in Sharia & Islamic Studies from Mu’tah University, Jordan. Previously Hasrizal attended Izzuddin Shah School in Ipoh 88-92.

Building on his experience as Minister of Religion in Belfast Islamic Centre Northern Ireland, and several Islamic centres in the Republic of Ireland, as well as Assistant Director at Fitrah Perkasa, a training and consultancy firm in Malaysia, Hasrizal became the first Visiting Counselor and Muslim Chaplain at Malaysia’s National Heart Institute in February 2007. He is now a Research Associate at Malaysia Think Tank London.

Earlier, Hasrizal was a public researcher at Research Centre for Islamic Art, History and Culture (IRCICA) Istanbul.

Hasrizal is also a columnist in ANIS (Galeri Ilmu) and MAJALAH I (Karangkraf)

Tuesday, March 11, 2008

MALAYSIA BARU : Generasi BAharu




* Gambar : Wazi Abdul Hamid, Pemangkin Perubahan Mat Rempit ke arah Islam. (gambar dirakam semasa berhimpun di Pejabat SUK Perak jam 4.30 pagi, Royem Al-Boothy di kiri beliau). Wazi dah berubah, anda bila lagi.

"Macammana tempat aku boleh BA kalah. Saluran Satu ni tak mau ubah-ubah" antara butir bicara sahabat saya.

Mana sahabat saya tak bengang, beratus kilometer memandu semata-mata nak buat perubahan di tempat kelahiran. Itupun 'berangkut' dengan kawan-kawan, kenalan disana untuk pulang ke kampung dengan harapan undian membawa perubahan.

Tetapi bagi mereka, keputusan kelmarin menampakkan sikap rakyat negeri 'Yop Yong' untuk terima perubahan. Kerajaan BA bakal termeterai. Kawasan sahabat saya tadi, ADUNnya dah jadi PEMBANGKANG.

"Setakat menang ratus undi jangan EK le Datuk" Sahabat saya menambah.

Itupun cukup menambah gelabah PEMBANGKANG dalam usaha menaikkan imej yang tercalar. Makan tahun juga. Sampai bakal "KETUA PEMBANGKANG" tak keluar rumah. Mungkin dah anggap RAKYAT MUSUH NO. 1.

Terima Kasih kepada sahabat-sahabat seusia (21 tahun - 30 tahun), Pengundi baru yang dianggap mentah ini . Tetapi kita akan pastikan 4 tahun lagi : PEMBANGKANG AKAN LENYAP TERUS DARI KERUSI PEMBANGKANG.

hantar sumbangsaran dan YM ke royem_alboothy@yahoo.com

Monday, March 10, 2008

ARAHAN TABIKA KEMAS DITUTUP

Seperti Maklumat yang baru tersiar di buletin utama tadi. Kerajaan Alternatif di Kedah "mengarahkan" agar Tabika Kemas di tutup. Ini tidak ubah seperti mainan wayang UMNO (BN) untuk memburukkan lagi Kerajaan Kedah. Meskipun baru sehari Ustaz Azizan Razak mengangkat sumpah, sudah ada usaha-usaha dari Pembangkang disana menimbulkan kekacauan.

Bagi saya yang duduk di Perak ini, saya juga ada menerima laporan bahawa tabika kemas di Perak juga akan ditutup. Untuk kepastian, saya ke Flat Ashby (dibelakang SMK Seri Putera). Disana saya bertanya kepada penduduk samada Tabika Kemas ini dibuka atau tidak. Menurutnya Tabika Kemas masih cuti tetapi Kelas KAFA kelolaan Kemas ada pengajian petang tadi.

Jika kita singkap kembali peristiwa di Terengganu, Penutupan Tabika Kemas ini menjadi fitnah besar pada PAS ketika itu. Begitu juga laporan terkini ini dari Pegawai Kemas Negeri Perak iaitu arahan penutupan dari Kerajaan Alternatif negeri Perak. Tidak munasabah kerana belum mengangkat sumpah lagi sudah ada fitnah yang mengatakan penutupan Tabika Kemas ini.

Sebetulnya Tabika Kemas ini adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Sepatutnya Kerajaan Pusat mengambil hati rakyat dan tidak membiarkan pelajar-pelajar Tabika ini terbiar. Sekiranya Kerajaan Pusat tidak bertanggungjawab ke atas Tabika Kemas diseluruh negara ini, "maka sampai kiamat pun BN tidak akan dapat merampas negeri-negeri ini".